Nor
Tempat-tempat Menarik Di Cameron Highlands

Cameron Highlands merupakan antara pusat peranginan terkenal di Malaysia. Ia terletak di negeri Pahang, di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa,yang berada pada 1524 meter dari aras laut.

Ia menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan asing kerana cuacanya yang dingin, tempat-tempat yang menarik dan ladang-ladang teh yang telah ditubuhkan pada akhir tahun 1929.Selain itu, ladang sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan menjadi tarikan utama.





Gunung Brinchang

Pandangan panoramik daripada puncak Gunung Brinchang, juga merupakan jalan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia pada ketinggian 2000 meter. Perlu memandu dengan berhati-hati kerana jalan sempit dan agak curam.





Ladang Teh Sungai Palas
Panoramik indah ladang teh yang di buka kepada pelawat untuk melihat kilang, kedai teh dan pusat pandang dengar. Terletak di sepanjang jalan Gunung Brinchang selepas Butterfly Farm dekat Equatorial Hill Resort.




Tapak Semaian Bunga Ringlet Ke Kampung Raja
Terdapat beberapa buah tapak semaian bunga di sepanjang jalan utama dari Ringlet hingga ke Kampung Raja. Kebanyakan tapak semaian bunga ini membenarkan pelawat-pelawat untuk melihat pelbagai pilihan.





Butterfly Farm
Taman Rama-rama Ladang Kea , Brinchang.
Terdapat dua taman kupu-kupu di tanah tinggi. Ladang rama-rama dan Taman Rama-rama. Kedua duanya terdapat rama-rama yang banyak dan serangga lain termasuk Raja Brooke rama-rama yang begitu terkenal.




Ladang Sayur-sayuran
Ladang Sayur Sayuran Ringlet ke Kampung Raja Terdapat banyak kebun sayur di merata Cameron Highlands. Yang menarik untuk dilihat ialah disepanjang jalan Ladang Teh Boh di Habu dan dalam kawasan Kebun Kea di sekeliling Hotel Equatorial selepas Brinchang.




Ye Olde Smoke House
Dengan keindahan hotel Mock Tudor dan restoran yang mempunyai ruang istirahat yang mengagumkan dihiasi perhiasan antik British. Minum teh petang dan skon serta terdapat pondok telefon British yang berwarna merah berhadapan dengan hotel ini melengkapkan satu pemandangan yang menarik




Jungle Walks
Merentasi Hutan Tanah Rata Dan Brinchang.
Terdapat banyak jalan rentas menarik di Highlands. Ada jalan rentas yang mudah dan ada pula mengambil setengah hari untuk menamatkannya, kesemuanya menyeronokan .Anda boleh memilih sendiri jalan rentas terbaik yang paling sesuai untuk anda.

Nor
BUNGA RAYA

Sejak tahun 2007, bunga raya telah diangkat sebagai warisan kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara. Di bawah kategori objek warisan ketara, bunga raya diletakkan sebaris dengan objek warisan kebangsaan lain seperti Jalur Gemilang, Manuskrip Sejarah Melayu, Hukum Kanun Melaka, Manuskrip Hikayat Hang Tuah dan Watikah Perisytiharan Kemerdekaan.

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

Pemilihan bunga raya sebagai lambang kebanggaan negara kerana beberapa sifatnya yang unik. Warnanya yang merah dan terang melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.

Selain itu, sifatnya yang memiliki lima kelopak dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara manakala kepelbagaian bunga raya dari segi bentuk, warna dan ukurannya melambangkan rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya yang hidup dalam harmoni


KHASIAT BUNGA RAYA

Bunga raya atau nama saintifiknya adalah botaninya hibiscus rosa sinensis, tergolong dlm keluarga Malvaceae merupakan herba astringen dan menyediakan vitamin c.
  • mengandungi musilaj polisakarid & pectin serta asid organic, glikosid sianidin ( bahan antiestrogen), dan  mengandungi sejenis lendir atau mucin yg memberikan rasa sejuk pd kerongkong dan rongga paru-paru.

Ekstrak dari bunga raya mempunyai faedah kesihatan yang serupa seperti meminum teh . Bunganya mengandungi antioksidan yang membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan. Kajian terhadap haiwan menunjukkan ekstrak bunga raya boleh mengurangkan kolesterol pada haiwan, dan ia juga boleh membantu manusia.

bunga raya dan daunnya yg ditumbuk lumat:
  • ditampal pd kulit untk merawat bisul, barah, gatal kulit, demam panas,beguk, luka, bengkak dan penyakit kulit.
  • daun bunga raya mampu melebatkan rambut dan bulu kening.

bunga raya direbus dgan air mendidih :
  • boleh dijadikan losyen untuk mencuci mata yg bengkak @ radang.
  • boleh diminum untuk rawat asma, batuk, bengkak kelenjar parotid, bronchitis, selsema,

kudup bunga raya yang telah dihancurkan dicampur dengan garam:
  • ditampal pd masalah bisul

Daun muda dan pucuknya:
  • disapu pada perut ibu yang akan bersalin untuk memudahkan melahirkan anak dan proses mengeluarkan uri.

Daun bunga raya direbus dlm air mendidih:
  • boleh dijadikan losyen utuk rawat demam dan sakit kepala.

Akar bunga raya putih ditumbuk lumat dan direbus.
pembuangan air kecil dan boleh dijadikan penawar racun.
  • air rebusan akar diminum untuk rawat jangkitan pada serviks, penyakit keputihan, tidak tentu haid, disapu pd kelenjar tengkuk yang bengkak dan boleh mencuci mata yang merah dan bengkak.

Bunga raya merah dicampur dungan jus limau nipis
  • akan menghasilkan pewarna merah yang boleh dijadikan pewarna yg digunakan pada biskut, kek, makanan lain –lain.
Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.

Nor
PENGAJARAN PRA TULISAN

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat.

Masalah Tulisan Kanak-kanak
  • Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.
  • Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
  • Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan
  • Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.
  • Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
  • Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
  • Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
  • Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.
  • Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
  • Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
  • Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
  • Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
  • Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
  • Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
  • Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan.

Strategi pengajaran pratulisan

Kebanyakan murid yang memasuki sekolah rendah telah pun menerima pendidikan prasekolah, di rumah, TASKI atau TADIKA. Mereka telah pun didedahkan kepada asas-asas kemahiran menulis dan membaca. Namun begitu, bagi peringkat permulaan di sekolah rendah, guru patut memberikan kemahiran pratulisan kepada murid.

Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk, ukuran dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama ini dapat membantu murid menguasai kordinasi antara tangan dan mata, dan seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis.

a. Latihan bagi tangan
  • Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali.
  • Menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau kertas.
  • Menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang.
  • Menggenggam dan merasa bola.
  • Memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru menunjukkan cara memegang yang betul.
  • Melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara.
  • Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah.
  • Memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula.
  • Membuka tali kasut dan mengikat semula.

b. Latihan bagi mata

  • Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru.
  • Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi.
  • Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri.
  • Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar dan benda-benda yang besar.
  • Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru.
  • Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan sebagainya.

c. Latihan bagi kordinasi mata dan tangan:
  • Menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau ukuran.
  • Menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan.
  • Mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnya jigsaw puzzle.
  • Melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu atau dengan bergerak di padang bersama pasangan,
  • Mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru.
  • Mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar.
  • Mencantum arah jalan atau aliran sungai.
  • Memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa.
  • Memilih gambar yang berlainan dalam satu set.
  • Mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama dengan gambar asal.
  • Mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan.
  • Membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya.

Kesimpulan
Pengajaran tulisan amat penting kerana ia membantu murid menghasilkan tulisan
cantik dalam penulisan perkataan dan ayat. Selanjutnya tulisan berfungsi sebagai satu alat
untuk penglahiran idea dalam penulisan karangan kelak.
Nor
Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah.  
(Surah Al-Baqarah:214)

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.  
(Hamka).

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
 ( Aristotle )

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadimainan orang.

Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembalikepada bentuk asalnya.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukankebahagiaan.

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.  
(Hamka)

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Setiap manusia pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan setiap kejayaan dan kegagalan yang dirasai oleh manusia mempunyai hikmah dan pengajarannya yang tersembunyi disebaliknya.

Menghormati orang lain seperti anda menghormati diri anda sendiri. Menghormati diri lebih memberi kepercayaan pada kita dan hendaklah kita jaga diri kita dengan menghiasi perbadi kita.

Sabda Rasullulah s.a.w
Lihatlah kepada orang yang berada di bawah kamu dan janganlah kamu melihat kepada orang yang berada di atas kamu. maka ia lebih nyata bahawa kamu tidak akan menghina nikmat Allah atas kamu.

( riwayat al-Bukhari & Muslim )
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidakmenjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.

Education make a people easy to lead,but difficult to drive: easy to govern, but impossible to enslave.
Peter Brougham

Education is not the filling of a pail,but the lighting of a fire.
Wiliam Butler Yeats

Tell me and I'll forget. Show me, and I may not remember. Involve me, and I'll understand.
Native American Saying

What we learn with pleasure we never forget.
Alfred Mercier

Education is simply the soul of a society as it passes from one generation to another.
G. K. Chesterson

Instruction ends in the school-room, but education ends only with life. 
Frederick W.Robertson







Nor
TAMAN NEGARA

Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km². Taman Negara adalah Kawasan Perlindungan rasmi yang pertama dan tertua di negara ini dan pada waktu dahulu dikenali sebagai King George V National Park.

Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara.

Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan termasuk laluan kanopi, Gua Telinga, dan Lata Berkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, atau pun merentas hutan dan pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.
Pondok pemerhatian juga disediakan bagi keselesaan pelawat untuk memerhati hidupan liar di sini. Pondok kecil yang dibina tinggi dari atas tanah membolehkan pelawat bermalam bagi memerhati hidupan liar di dalam habitat semulajadinya.

Taman Negara adalah sebuah hutan hujan yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kekayaan dan kepelbagaian hidupan semulajadi di sini sangat menakjubkan dan menjadikannya salah satu eko-sistem yang paling rumit dan kaya di dunia.







Nor
Sebelum daftar ntuk blog, setiap blogger perlu ada akaun google terlebih dahulu. Boleh juga menggunakan akaun selain dari google, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan kerana blogger.com adalah produk dari google.


Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'


3. Kemudian, masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'


4. Setelah paparan seperti diatas sudah muncul, masukkan blogname dan juga blog address
• Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
• Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda.


5. Pilih template yang rasa sesuai, dan kemudian klik 'continue'


6. Selesai. Kini anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda


CARA MENAIP POST ENTRI

Setelah selesai membuat akaun google, langkah seterusnya ialah cara untuk menaip post entri dalam blog.
1. Buka link www.blogger.com. Isiskan ruang kosong dengan emai Google anda juga password anda.
( PERINGATAN:link ini diperlukan setiap kali anda hendak login kepada akaun blogger). Masukkan email dan password anda.


2. Pada paparan muka depan klik pada ‘new post’


3. Masukkan tajuk untuk entri anda dan juga isi kandungan entri anda

4. apabila selesai melakukan langkah-langkah diatas, klik pada button 'publish'


CARA MELETAKKAN GAMBAR DALAM BLOG POST

1.Login seperti biasa, klik pada 'new post'



2.Pada paparan, klik pada icon upload picture seperti yang ditunjukkan dibawah.
-Kedudukan berbeza bagi keadaan 'html' dan juga 'compose' tetapi simbolnya tetap sama



ATAU



3.Klik 'browse'



4.Pilih gambar yang anda hendak letakkan dari komputer anda.



5.Jika anda hendak letak lebih daripada satu gambar pada satu masa (maksimum 5)
6.Klik pada 'add more image'.


7. Jika ingin memilih kedudukan dan saiz yang anda mahu untuk gambar tersebut, kemudian klik 'upload'.


6. Tunggu sehingga gambar siap ‘diupload’ kemudian klik 'done'


Seperti yang terdapat dalam content blog saya..saya telah menggunakan pendekatan meletakkan video sebagai post entri. Dibawah adalah langkah2 untuk memasukkan video samada dari you-tube mahupun daripada PC and sendiri ke dalam blog post..

Login ke dalam akaun blogger anda,kemudian klik pada new post


2. kemudian apabila paparan muncul, klik pada icon video seperti yang ditunjukkan


3. Seterusnya,browse video yang hendak diupload, masukkan title dan juga tick pada ruangan seperti yang ditunjukkan,kemudian klik pada upload video.



 


4. Untuk sesebuah video, masa diperlukan untuk memproses video tersebut sehingga dapat dipublishkan. Bergantung kepada saiz video.


boleh save dahulu hasil kerja anda dan kembali selepas beberapa ketika untuk pastikan samada video tersebut sudah boleh dimainkan atau tidak.


SELESAI


Jika ingin memasukkan video dari you-tube seperti post entri saya,langkah yang perlu ialah:

1.Login akaun blogger anda,kemudian klik pada new post.


2.Buka video dari youtube yang anda hendak post,kemudian lihat sebelah kanan untuk ruangan embed


3. Klik customize untuk melakukan sedikit ubahan pada video anda. Anda boleh pilih option yang ada seperti border dan juga saiz video yang hendak dipaparkan.


4.Setelah selesai,copy code dari bahagian embed dan paste dalam ruangan blog anda.(klik preview untuk tengok keadaan video anda)


5. selesai



Untuk membuat disable right click, star cursor, menukar template..saya telah meletakkan javascript/kod html

1) Login ke dalam blog anda seperti biasa. Kemudian dari 'dashboard', klik 'Design'
UPDATE: untuk template terbaru, klik pada DESIGN


2)Setelah anda klik 'design', dia akan auto masuk bahagian 'page element'. Kemudian pada 'page element' anda itu, klik pada 'add a gadget'


3)Selepas itu anda akan lihat banyak senarai yang ada, cari "HTML/javascript", kemudian klik pada "+"


4)Satu paparan kosong akan dibuka, kemudian paste code yang anda mahu letak dalam blog ke dalam ruangan kosong. kemudian tekan "save"


5)Selesai..anda boleh lihat hasilnya dengan klik preview. Anda juga boleh mengubah kedudukan code itu dengan hanya drag pada mana² kawasan page element itu.Apabila anda sudah puas hati, klik 'save' untuk kekalkan kedudukan.


setelah mengetahui langkah2 untuk memasukkan edit html/javascript..sekarang adalah langkah untuk menukarkan template blog anda supaya jadi lebih menarik

1. Login akaun kemudian daripada dashboard klik layout > edit html




2. Baca penerangan berdasarkan gambar di bawah.



i. Klik browse
ii. Pilih template yang anda telah download
iii. Klik open
iv. Klik upload





3. Apabila klik upload, paparan berikut akan keluar, klik pada 'keep widget'


4. Setelah selesai anda boleh view blog anda.:)


Seterusnya title blog bergerak..

1. Dari dashboard > Design > Add a gadget > Html/Javascript

2. Copy dan paste code berikut dalam ruangan HTML/Javascript

<script language=javascript>
msg = "Title Blog Anda";

msg = "..." + msg;pos = 0;
function scrollMSG() {
document.title = msg.substring(pos, msg.length) + msg.substring(0, pos);
pos++;
if (pos > msg.length) pos = 0
window.setTimeout("scrollMSG()",200);
}
scrollMSG();
</script>





Kemudian manual bagi cursor following star berwarna warni.

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javasrcript [link]

2. Copy code di bawah mengikut kesukaan anda dan paste ke dalam HTML/javascript

i) Following star warna warni

<script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/rainbows.js"></script>





Tetapi boleh juga tukarkan kepada warna lain:

ii) Following star warna biru

<script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/blues.js"></script>





iii) Following star warna purple

<script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/purples.js"></script>






Note: Tukarkan 'Title Blog Anda' dengan apa sahaja yang anda mahu.

3. Save dan lihat hasilnya.:)
Nor