Nor
Tempat-tempat Menarik Di Cameron Highlands

Cameron Highlands merupakan antara pusat peranginan terkenal di Malaysia. Ia terletak di negeri Pahang, di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa,yang berada pada 1524 meter dari aras laut.

Ia menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan asing kerana cuacanya yang dingin, tempat-tempat yang menarik dan ladang-ladang teh yang telah ditubuhkan pada akhir tahun 1929.Selain itu, ladang sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan menjadi tarikan utama.





Gunung Brinchang

Pandangan panoramik daripada puncak Gunung Brinchang, juga merupakan jalan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia pada ketinggian 2000 meter. Perlu memandu dengan berhati-hati kerana jalan sempit dan agak curam.





Ladang Teh Sungai Palas
Panoramik indah ladang teh yang di buka kepada pelawat untuk melihat kilang, kedai teh dan pusat pandang dengar. Terletak di sepanjang jalan Gunung Brinchang selepas Butterfly Farm dekat Equatorial Hill Resort.




Tapak Semaian Bunga Ringlet Ke Kampung Raja
Terdapat beberapa buah tapak semaian bunga di sepanjang jalan utama dari Ringlet hingga ke Kampung Raja. Kebanyakan tapak semaian bunga ini membenarkan pelawat-pelawat untuk melihat pelbagai pilihan.





Butterfly Farm
Taman Rama-rama Ladang Kea , Brinchang.
Terdapat dua taman kupu-kupu di tanah tinggi. Ladang rama-rama dan Taman Rama-rama. Kedua duanya terdapat rama-rama yang banyak dan serangga lain termasuk Raja Brooke rama-rama yang begitu terkenal.




Ladang Sayur-sayuran
Ladang Sayur Sayuran Ringlet ke Kampung Raja Terdapat banyak kebun sayur di merata Cameron Highlands. Yang menarik untuk dilihat ialah disepanjang jalan Ladang Teh Boh di Habu dan dalam kawasan Kebun Kea di sekeliling Hotel Equatorial selepas Brinchang.




Ye Olde Smoke House
Dengan keindahan hotel Mock Tudor dan restoran yang mempunyai ruang istirahat yang mengagumkan dihiasi perhiasan antik British. Minum teh petang dan skon serta terdapat pondok telefon British yang berwarna merah berhadapan dengan hotel ini melengkapkan satu pemandangan yang menarik




Jungle Walks
Merentasi Hutan Tanah Rata Dan Brinchang.
Terdapat banyak jalan rentas menarik di Highlands. Ada jalan rentas yang mudah dan ada pula mengambil setengah hari untuk menamatkannya, kesemuanya menyeronokan .Anda boleh memilih sendiri jalan rentas terbaik yang paling sesuai untuk anda.

0 Responses

Post a Comment