undefined
undefined
PENGAJARAN PRA TULISAN
Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat.
Masalah Tulisan Kanak-kanak
Strategi pengajaran pratulisan
a. Latihan bagi tangan
b. Latihan bagi mata
c. Latihan bagi kordinasi mata dan tangan:
Kesimpulan
Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat.
Masalah Tulisan Kanak-kanak
- Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.
- Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
- Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan
- Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.
- Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
- Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
- Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
- Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.
- Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
- Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
- Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
- Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
- Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
- Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
- Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.
Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.
Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan.
Strategi pengajaran pratulisan
Kebanyakan murid yang memasuki sekolah rendah telah pun menerima pendidikan prasekolah, di rumah, TASKI atau TADIKA. Mereka telah pun didedahkan kepada asas-asas kemahiran menulis dan membaca. Namun begitu, bagi peringkat permulaan di sekolah rendah, guru patut memberikan kemahiran pratulisan kepada murid.
Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk, ukuran dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama ini dapat membantu murid menguasai kordinasi antara tangan dan mata, dan seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis.
a. Latihan bagi tangan
- Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali.
- Menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau kertas.
- Menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang.
- Menggenggam dan merasa bola.
- Memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru menunjukkan cara memegang yang betul.
- Melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara.
- Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah.
- Memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula.
- Membuka tali kasut dan mengikat semula.
b. Latihan bagi mata
- Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru.
- Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi.
- Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri.
- Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar dan benda-benda yang besar.
- Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru.
- Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan sebagainya.
c. Latihan bagi kordinasi mata dan tangan:
- Menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau ukuran.
- Menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan.
- Mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnya jigsaw puzzle.
- Melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu atau dengan bergerak di padang bersama pasangan,
- Mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru.
- Mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar.
- Mencantum arah jalan atau aliran sungai.
- Memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa.
- Memilih gambar yang berlainan dalam satu set.
- Mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama dengan gambar asal.
- Mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan.
- Membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya.
Kesimpulan
Pengajaran tulisan amat penting kerana ia membantu murid menghasilkan tulisan
cantik dalam penulisan perkataan dan ayat. Selanjutnya tulisan berfungsi sebagai satu alat
untuk penglahiran idea dalam penulisan karangan kelak.
Post a Comment