BUNGA RAYA
Sejak tahun 2007, bunga raya telah diangkat sebagai warisan kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara. Di bawah kategori objek warisan ketara, bunga raya diletakkan sebaris dengan objek warisan kebangsaan lain seperti Jalur Gemilang, Manuskrip Sejarah Melayu, Hukum Kanun Melaka, Manuskrip Hikayat Hang Tuah dan Watikah Perisytiharan Kemerdekaan.
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Pemilihan bunga raya sebagai lambang kebanggaan negara kerana beberapa sifatnya yang unik. Warnanya yang merah dan terang melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.
Selain itu, sifatnya yang memiliki lima kelopak dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara manakala kepelbagaian bunga raya dari segi bentuk, warna dan ukurannya melambangkan rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya yang hidup dalam harmoni
KHASIAT BUNGA RAYA
Bunga raya atau nama saintifiknya adalah botaninya hibiscus rosa sinensis, tergolong dlm keluarga Malvaceae merupakan herba astringen dan menyediakan vitamin c.
Ekstrak dari bunga raya mempunyai faedah kesihatan yang serupa seperti meminum teh . Bunganya mengandungi antioksidan yang membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan. Kajian terhadap haiwan menunjukkan ekstrak bunga raya boleh mengurangkan kolesterol pada haiwan, dan ia juga boleh membantu manusia.
bunga raya dan daunnya yg ditumbuk lumat:
bunga raya direbus dgan air mendidih :
kudup bunga raya yang telah dihancurkan dicampur dengan garam:
Daun muda dan pucuknya:
Daun bunga raya direbus dlm air mendidih:
Akar bunga raya putih ditumbuk lumat dan direbus.
pembuangan air kecil dan boleh dijadikan penawar racun.
Bunga raya merah dicampur dungan jus limau nipis

- mengandungi musilaj polisakarid & pectin serta asid organic, glikosid sianidin ( bahan antiestrogen), dan mengandungi sejenis lendir atau mucin yg memberikan rasa sejuk pd kerongkong dan rongga paru-paru.
Ekstrak dari bunga raya mempunyai faedah kesihatan yang serupa seperti meminum teh . Bunganya mengandungi antioksidan yang membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan. Kajian terhadap haiwan menunjukkan ekstrak bunga raya boleh mengurangkan kolesterol pada haiwan, dan ia juga boleh membantu manusia.
bunga raya dan daunnya yg ditumbuk lumat:
- ditampal pd kulit untk merawat bisul, barah, gatal kulit, demam panas,beguk, luka, bengkak dan penyakit kulit.
- daun bunga raya mampu melebatkan rambut dan bulu kening.
bunga raya direbus dgan air mendidih :
- boleh dijadikan losyen untuk mencuci mata yg bengkak @ radang.
- boleh diminum untuk rawat asma, batuk, bengkak kelenjar parotid, bronchitis, selsema,
kudup bunga raya yang telah dihancurkan dicampur dengan garam:
- ditampal pd masalah bisul
Daun muda dan pucuknya:
- disapu pada perut ibu yang akan bersalin untuk memudahkan melahirkan anak dan proses mengeluarkan uri.
Daun bunga raya direbus dlm air mendidih:
- boleh dijadikan losyen utuk rawat demam dan sakit kepala.
Akar bunga raya putih ditumbuk lumat dan direbus.
pembuangan air kecil dan boleh dijadikan penawar racun.
- air rebusan akar diminum untuk rawat jangkitan pada serviks, penyakit keputihan, tidak tentu haid, disapu pd kelenjar tengkuk yang bengkak dan boleh mencuci mata yang merah dan bengkak.
Bunga raya merah dicampur dungan jus limau nipis
- akan menghasilkan pewarna merah yang boleh dijadikan pewarna yg digunakan pada biskut, kek, makanan lain –lain.
Post a Comment